Malangnya, pengguna mungkin telah menemui keluarga atau pengasuh untuk bekerja dan sebab itu mungkin tidak dapat meluangkan masa untuk membalas mesej anda. Kami memaklumkan semua pengguna yang menerima mesej melalui e-mel. Kami juga akan menghantar e-mel peringatan selepas dua hari jika pengguna masih belum membalas mesej anda.
Jika pengguna ini tidak log masuk dalam masa terdekat, sistem kami akan menyahaktifkan akaun mereka secara automatik daripada pangkalan data kami. Malangnya, tiada banyak cara lagi yang boleh kami lakukan dan kami memohon maaf atas kesulitan ini. Setiap minggu, beribu ahli baharu yang mendaftar di Sitly, jadi kami cadangkan anda terus cuba menghantar mesej.
Di samping itu, kami menghantar e-mel mingguan kepada anda setiap hari Isnin untuk memaklumkan anda tentang pengguna baharu yang sepadan dengan kriteria anda. Jika anda mahu, anda boleh menukar ini kepada makluman harian dalam tetapan profil anda.
Ini akan menjadikan anda orang pertama yang mengetahui tentang orang baharu yang mendaftar di kawasan kejiranan anda.
Semoga berjaya dalam pencarian anda!
Petua berguna untuk menerima lebih banyak mesej balas daripada ibu bapa
Petua berguna untuk menerima lebih banyak mesej balas daripada ibu bapa
Adakah anda tahu betapa pentingnya maklumat dalam mesej pertama? Mesej pertama anda ialah perkara yang menentukan sama ada pengguna memilih untuk membalas mesej anda atau tidak. Kami ingin menawarkan anda beberapa tips dan cara supaya anda boleh menerima jawapan dengan lebih cepat. Anda boleh gunakannya kepada mereka yang anda rasa perlu:
Mesej perlulah bersesuaian dengan setiap keluarga. Mesej anda seharusnya menangkap perhatian ibu bapa serta-merta. Ibu bapa hanya akan menyemak profil anda jika mesej anda menarik bagi mereka. Mesej yang terlalu umum dan tidak bersesuaian mempunyai peluang yang tipis untuk dihubungi dan mendapat balasan. Tuliskan mesej yang berkaitan dengan setiap tawaran. Terangkan pengalaman anda dan bagaimana anda boleh membantu anak-anak mereka dengan terperinci. Gunakan kemahiran tambahan anda: mungkin anda bertutur bahasa lain, mempunyai kemahiran komputer, dapat berikan ekspresi, ada bakat melukis dan kesenian, dan apa-apa kemahiran yang lain bersesuaiaan dengan jagaan anak.
Jika anda pasti anda ingin bekerja dengan keluarga ini, anda boleh berikan alamat e-mel atau nombor telefon anda di ruang mesej anda. Ini memudahkan ibu bapa menghubungi anda.
Berikan masa kepada mereka untuk membalas mesej. Ia penting untuk anda tahu bahawa semua orang yang menerima mesej daripada pengasuh juga menerima e-mel daripada Sitly yang memberitahu mereka mempunyai mesej baru yang sedang menanti mereka. Mereka juga akan diberi peringatan untuk mesej ini selepas beberapa hari.
Dapatkan rujukan daripada keluarga yang pernah anda bekerja sebelum ini. Jika anda mengakses penggunaan profil anda, anda boleh mencari satu alatan untuk menjana pautan tersendiri yang boleh dihantarkan kepada keluarga ini melalui WhatsApp, SMS atau FB Messenger. Dengan mendapat rujukan ini, anda akan dilihat sebagai seorang yang lebih dipercayai kerana ibu bapa lain telah mencadangkan anda.
Anda boleh melihat tarikh log masuk terakhir bagi setiap profil. Ini dapat membantu anda mengetahui jika ibu bapa telah log masuk profil mereka di Sitly selepas anda menghantar mesej.
Apabila ibu bapa membalas bahawa mereka tidak bersedia, ia bermaksud mereka tidak berminat dengan tawaran anda. Lazimnya, profil anda tidak sepadan dengan kriteria carian mereka.
Kami berharap anda akan dapat lebih banyak balasan untuk mesej anda apabila menggunakan tips ini. Jika anda perlukan bantuan kami, sila e-melkan kepada kami di info@sitly.my.