Langkau ke kandungan utama

Bagaimana dagangan Forex berfungsi di Olymptrade

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari cara dagangan Forex (FX) berfungsi, cara membuka dagangan dan perkara yang perlu dijangkakan sebelum anda bermula.

Ditulis oleh Maya

⏱️ Forex (FX)

  • Forex (FX) ialah salah satu mod dagangan yang tersedia di platform Olymptrade.

  • Dalam mod ini, anda perlu meramalkan arah pergerakan harga aset yang dipivlih. Selain itu, keuntungan dagangan bukan sahaja bergantung pada jumlah pelaburan, tetapi juga pada sejauh mana pergerakan harga aset tersebut.

Dagangan Forex tidak terhad kepada tempoh masa tertentu. Satu posisi boleh ditutup secara manual atau secara automatik melalui ciri Stop Loss, Stop Out, dan Take Profit.


⚙️ Jumlah dagangan minimum dan maksimum

Jumlah pelaburan minimum ialah $1 atau €1.

Jumlah dagangan maksimum bergantung pada status akaun anda:

Status Basic: jumlah dagangan maksimum ialah $2,000 atau €2,000.
Status Smart: jumlah dagangan maksimum ialah $3,000 atau €3,000.
Status Pro: jumlah dagangan maksimum ialah $4,000 atau €4,000.

Status Elite: jumlah dagangan maksimum ialah $4,000 atau €4,000.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang status akaun, sila rujuk artikel ini.


✨ Ciri-ciri FX

📈 Take Profit

  • Ciri untuk menutup dagangan yang menguntungkan secara automatik.

  • Dagangan akan ditutup secara automatik apabila keuntungan mencapai nilai yang ditetapkan dan keuntungan tersebut akan dikunci.

📉 Stop Loss

  • Perkhidmatan untuk menutup dagangan yang merugikan secara automatik.

  • Apabila kerugian dagangan mencapai nilai yang ditetapkan, dagangan akan ditutup secara automatik pada harga pasaran semasa.

🛑 Stop Out

  • Ciri yang menutup dagangan secara automatik apabila tahap kerugian tertentu dicapai.

  • Stop Out melindungi dagangan anda daripada kerugian yang melebihi jumlah pelaburan.

💹 Leverage

  • Leverage menggandakan jumlah pelaburan anda.

  • Nilai leverage menunjukkan berapa kali saiz keseluruhan dagangan meningkat berbanding jumlah pelaburan asal.

Sebagai contoh, jika anda melabur $100 menggunakan leverage x500, jumlah keseluruhan dagangan anda ialah $50,000 ($100 × 500).


🧮 Pengiraan keuntungan dagangan FX

Untuk mengira hasil dagangan FX anda, anda perlu mempertimbangkan:

• Perbezaan antara harga pembukaan dan harga penutupan.
Nilai pelaburan.
Saiz leverage (pengganda).
Komisen.

Komisen Forex bergantung pada beberapa kriteria seperti jumlah dagangan, leverage, spesifikasi aset, dan sebagainya. Komisen dipaparkan bersama maklumat dagangan yang lain.


ℹ️ Maklumat Lanjut tentang FX

  • Terokai sumber pendidikan kami untuk meningkatkan pemahaman anda tentang Forex (FX):

    Pelajari asas Forex melalui panduan dagangan lengkap kami di sini.

Selami dunia strategi FX dengan lebih mendalam. Gunakan strategi ini untuk memperoleh pandangan berharga dan membentuk pendekatan dagangan anda sendiri dalam persekitaran pasaran yang dinamik di sini.

Sudah bersedia untuk berdagang Forex?

Adakah ini menjawab soalan anda?