Langkau ke kandungan utama

Keperluan Margin Tinggi - High Margin Requirements (HMR)

Keperluan margin tinggi ditetapkan semasa peristiwa penting dan tempoh masa tertentu yang memberi impak kepada ketaktentuan umum pasaran.

Tempoh HMR boleh dilanjutkan berdasarkan keputusan pengurusan risiko yang bergantung pada setiap impak berita.

Keperluan margin tinggi dikenakan pada pesanan baharu atau pesanan yang dibuka semula akibat daripada kedudukan lain yang ditutup semasa:

  • Berita dikeluarkan

  • Hujung minggu dan cuti umum

  • Rollover


Berita dikeluarkan

Apabila berita ekonomi penting yang diterbitkan itu melibatkan instrumen perdagangan, pesanan yang dibuka 15 minit sebelum dan 5 minit selepas berita itu dikeluarkan akan dikenakan keperluan margin lebih tinggi.Ini mengurangkan pendedahan pedagang kepada risiko ketaktentuan harga semasa peristiwa ekonomi. 5 minit selepas berita dikeluarkan, keperluan margin lebih tinggi akan ditarik balik, dan margin dikira semula berdasarkan ekuiti akaun perdagangan dan leveraj yang telah ditetapkan. Anda boleh mengetahui waktu berita ekonomi utama akan dikeluarkan di Kalendar ekonomi kami.


Rollover, Hujung minggu dan cuti umum

Sesetengah instrumen perdagangan tertakluk kepada waktu rehat perdagangan semasa hujung minggu dan cuti umum. Selain itu, semua instrumen mempunyai masa rollover. Keperluan margin tinggi dikenakan pada instrumen-instrumen ini semasa tempoh ini.


Tempoh HMR

Ketahui tempoh HMR untuk semua peristiwa yang memberi kesan kepada ketaktentuan umum dalam senarai di bawah.

Berita dikeluarkan

Simbol

Masa Sebelum / Selepas Berita

Leveraj Semasa Berita

Forex

15 minit / 5 minit

1:200

XAUUSD, XAUEUR, XAUGBP, XAUAUD, XAGUSD, XAGEUR, XAUJPY

23:30 – 23:59

1:200

XNGUSD

15 minit / 5 minit

1:50

EU indices

15 minit / 5 minit

1:50

US indices

15 minit / 5 minit

1:100

ES35, JP225, AU200

15 minit / 5 minit

1:50

BTCUSD, BTCEUR, BTCGBP, BTCJPY, ETHUSD, BTCXAU

15 minit / 5 minit

1:200

Rollover

Simbol

Waktu Rollover (GMT+3)

Leveraj Semasa Rollover

Forex

23:30 – 01:00

1:200

XAUUSD, XAUEUR, XAUGBP, XAUAUD, XAGUSD, XAGEUR, XAUJPY

23:30 – 01:10

1:50

BRENT

22:54 – 03:15

1:20

WTI

20:45 – 01:15

1:20

US indices

19:55 – 01:40

1:100

EU indices

22:25 – 10:10

1:30

JP225, HK50, CHA50, SG20

22:25 – 02:40

1:50

AU200

19:55 – 01:05

1:50

UK100

22:25 – 10:10

1:30

US Shares

22:25 – 16:55

1:5

BTCXAU

22:30 – 00:06

1:50

Hujung minggu dan cuti umum

Simbol

Waktu Rollover Hujung Minggu (GMT+3)

Leveraj Semasa Rollover

Forex

23:30 – 01:05

1:200

XAUUSD, XAUEUR, XAUGBP, XAUAUD, XAGUSD, XAGEUR, XAUJPY

21:58 – 01:20

1:50

BRENT

12:54 – 03:15

1:20

WTI

18:45 – 01:15

1:20

XNGUSD

22:45 – 01:15

1:20

US indices

19:55 – 01:40

1:100

EU indices

20:00 – 10:10

1:30

JP225

21:00 – 02:45

1:50

AU200

19:55 – 01:05

1:50

US Shares

20:45 – 16:55

1:5

BTCXAU

19:00 – 00:50

1:50


Bagaimana cara menyemak jadual HMR dalam MetaTrader

Setiap hari kami akan menghantar jadual HMR di terminal MetaTrader. Ikuit langkah berikut untuk menyemaknya:

  • Buka terminal desktop MetaTrader dan log masuk ke akaun dagangan JustMarkets anda

  • Pergi ke Mailbox di bahagian bawah terminal

  • Cari “High Margin Requirements schedule” daripada e-mel JustMarkets.

  • Setiap mesej akan mengandungi tarikh, masa dan instrumen yang mana yang akan dikurangkan leveraj. Leveraj semasa tempoh HMR juga akan ditunjukkan.


Cara Menyemak Status HMR dalam Aplikasi Perdagangan JustMarkets

Dalam Aplikasi Perdagangan JustMarkets, status High Margin Requirements (HMR) adalah ciri utama yang direka untuk memaklumkan pedagang apabila instrumen kewangan tertentu memerlukan margin yang lebih tinggi berbanding biasa. Memahami waktu tempoh HMR aktif adalah penting untuk menguruskan risiko dan mengoptimumkan strategi perdagangan anda. Berikut adalah cara untuk anda menyemak sekiranya tempoh HMR aktif atau tidak aktif:

Dalam Bahagian Perdagangan

Apabila HMR aktif untuk instrumen kewangan, ikon HMR berwarna merah akan muncul di sebelahnya dalam bahagian Perdagangan di aplikasi. Ikon ini merupakan indikator yang jelas bahawa keperluan margin yang lebih tinggi sedang berlaku pada instrumen khusus itu.

  • Ikon HMR Aktif (Merah):
    Jika anda melihat ikon HMR berwarna merah bersebelahan dengan instrumen kewangan, ia bermaksud yang instrumen ini sedang berada dalam tempoh Keperluan Margin Tinggi. Anda perlu berwaspada pada waktu ini, leveraj dikurangkan dan lebih banyak margin diperlukan untuk berdagang.

  • Ikon HMR Tidak Aktif:
    Setelah tempoh HMR berakhir, ikon merah akan hilang daripada bahagian Perdagangan, memberi isyarat yang keperluan margin biasa telah dipulihkan.

Pada Carta

Pada carta, anda akan menemui maklumat terperinci tentang keperluan margin untuk instrumen kewangan tertentu:

  • Ikon HMR Tidak Aktif (Kelabu):
    Jika tempoh HMR tidak aktif untuk instrumen tertentu, ikon HMR berwarna kelabu akan dipaparkan bersebelahan dengan nama instrumen. Ikon berwarna kelabu adalah tidak aktif dan menandakan yang instrumen itu sedang dalam keadaan margin biasa.

  • Ikon HMR Aktif (Merah):
    Jika tempoh HMR aktif untuk satu instrumen, ikon akan bertukar merah dan aktif, menandakan keperluan margin tinggi sedang berlaku.

Maklumat yang Diberikan mengenai Status HMR

Dengan menekan pada ikon HMR (sama ada dalam bahagian Perdagangan atau Instrumen), pedagang-pedagang boleh mengakses maklumat penting tambahan mengenai status HMR, termasuk:

  • Status HMR (Aktif/Tidak Aktif): Aplikasi akan memaparkan sekiranya tempoh HMR sedang aktif atau tidak aktif.

  • Waktu Mula dan Tarikh Tempoh HMR Seterusnya: Pedagang boleh melihat waktu dan tarikh tepat untuk tempoh HMR seterusnya akan bermula, membolehkan mereka bersedia untuk keperluan margin lebih tinggi.

  • Waktu Akhir Tempoh HMR Semasa: Aplikasi memaklumkan waktu akhir dijadualkan untuk tempoh HMR semasa, ini membantu anda mengetahui waktu keperluan margin biasa akan disambung semula.

  • Leveraj Maksimum Tersedia Semasa Tempoh HMR: Semasa tempoh HMR, leveraj maksimum yang tersedia dikurangkan. Dengan menekan pada ikon HMR, pedagang boleh melihat had leveraj tertentu yang dikenakan semasa tempoh aktif.


Contoh

Contoh 1

HMR semasa berita dikeluarkan

  • Siaran Berita Teras Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (YoY) dirancang pada pukul 12:30

Klien membuka perdagangan pada 1 lot USDJPY (maksimum leverajnya adalah 3000) pada 12:27 Menurut peraturan HMR, antara 12:15 dan 12:35 (tempoh HMR), mana-mana pesanan baharu yang dibuka pada Forex major akan mempunyai margin yang ditahan pada leveraj HMR 1:200.

Oleh itu, margin yang diperlukan untuk perdagangan USDJPY 1 lot ialah: Margin diperlukan (HMR) = 1 x 100,000USD/200 = 500 USD, bukannya 33.33 USD (jika tiada apa-apa berita dikeluarkan dan kes-kes HMR lain).


Contoh 2

HMR semasa rollover

  • Masa rollover 00:00

Klien membuka perdagangan 0.5 lot XAUUSD (leveraj maksimumnya adalah 3000) pada 23:56 Menurut peraturan HMR, antara 23:39 dan 23:59 (tempoh HMR), mana-mana pesanan baharu yang dibuka pada XAUUSD akan mempunyai margin yang ditahan pada leveraj HMR 1:200.

Dengan itu, margin diperlukan untuk perdagangan 0.5 lot XAUUSD ialah: Saiz kontrak XAUUSD = 100 Harga XAUUSD = 1,933.50

Margin diperlukan (HMR) = 0.5 x 100 x 1,933.5/1,000 = 483.37 USD, bukannya 32.23 USD.

Adakah ini menjawab soalan anda?